Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah akan mengumpulkan manusia pada Hari Kiamat. Pada ketika itu mereka memandang penting masalah syafaat. Ibnu Ubaid berkata: Mereka diberi ilham untuk bertanyakan hal itu. Mereka berkata: Kalaulah kita dapat memohon syafaat kepada Tuhan, agar Dia mengizinkan kita berehat dari keadaan kita ini.
Oleh itu Mereka pergi kepada Nabi Adam a.s, lalu berkata: Wahai Adam! engkau adalah bapa kepada semua makhluk yaitu manusia. Allah telah menciptakanmu dengan tanganNya dan meniupkan roh ke dalam badanmu serta telah memerintahkan para malaikat supaya sujud kepadamu. Syafaatilah kami di hadapan Tuhanmu, agar mengizinkan kami berehat dari keadaan begini. Adam menjawab: Aku tidak boleh berbuat demikian sambil menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan beliau merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut sebaliknya beliau menyuruh kami menemui Nabi Nuh, Rasul pertama yang diutuskan oleh Allah.
Lantas mereka pergi menemui Nabi Nuh a.s, namun beliau berkata: Aku tidak boleh berbuat demikian sambil menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan beliau merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut sebaliknya menyuruh kami menemui Nabi Ibrahim a.s yang telah dianggap sebagai kekasih Allah.
Mereka pun pergi menemui Nabi Ibrahim a.s. Beliau juga berkata: Aku tidak boleh berbuat demikian sambil menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan beliau merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut tetapi beliau menyuruh kami menemui Nabi Musa a.s yang pernah diajak bicara oleh Allah dan diberi Kitab Taurat.
Mereka pun pergi menemui Nabi Musa a.s. Beliau juga berkata: Aku tidak boleh berbuat demikian sambil menyebut kesalahan yang pernah dilakukannya yang membuatkan beliau merasa malu kepada Tuhan kerana kesalahan tersebut tetapi beliau menyuruh kami menemui Nabi Isa a.s Rohullah dan KalimahNya.
Mereka pun pergi menemui Nabi Isa a.s Rohulllah dan KalimatNya. Beliau juga berkata: Aku tidak boleh berbuat demikian, tetapi pergilah kamu semua kepada Muhammad s.a.w, hamba Allah yang telah diampuni dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian.
Rasulullah s.a.w meneruskan sabda baginda: Mereka datang kepadaku, lalu aku meminta izin kepada Tuhan. Aku pun diberi izin. Ketika aku melihatNya, aku jatuh dalam keadaan bersujud. Dia memanggil-manggilku, kemudian difirmankan kepadaku: Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah sesuatu, engkau akan didengar. Pohonlah, engkau akan diberi. Syafaatilah, Aku akan terima syafaat yang kau pinta.
Aku mengangkat kepalaku dan memuji Tuhan dengan pujian yang telah diajarkan oleh Allah kepadaku. Kemudian aku memberi syafaat. Allah memberi batas-batas kepadaku. Lalu aku mengeluarkan lagi orang-orang dari Neraka dan memasukkan mereka ke dalam Syurga.
Kemudian aku kembali jatuh bersujud. Maka Dia memanggilku sebagaimanaDia kehendaki kemudian difirmankan kepada baginda: Angkatlah kepalamu wahai Muhammad! Katakanlah, engkau akan didengar. Pohonlah, engkau akan diberi. Syafaatilah, aku akan terima Syafaat yang kau pinta. Perawi Hadis berkata: Aku tidak pasti samada pada kali yang ketiga atau kali yang keempat baginda bersabda: Wahai Tuhanku! Yang masih ada di dalam Neraka hanyalah orang-orang yang ditahan oleh al-Quran yaitu orang yang memang seharusnya kekal di dalam Neraka
Tidak ada komentar:
Posting Komentar